SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, July 30, 2016

YANG MAHU KE NERAKA JAHIM - BIARKAN MEREKA


ﻭﻻﺗﺴﺌﻞﻋﻦﺍﺻﺤﺐﺍﻟﺠﺤﻴﻢ

Dan tidak engkau ditanya tentang penghuni neraka Jahim.

Dan (setelah Engkau sampaikan semua itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.

Namun kita tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka yang menolak seruan ini secara terang-terangan sekalipun setelah datang kepada mereka keterangan daripada ayat-ayat Tuhan. Kewajipan kita hanya menyampaikan manakala penerimaan kepada petunjuk hanya berlaku dengan izin Tuhan. 

Sepertimana kerasulan RasululLah S.A.W. sekalipun setelah melalui tempoh kerasulan selama 13 tahun, daripada sekian ramai bangsa Arab, hanya sedikit sahaja yang beriman dan daripada jumlah itu hanya 313 orang sahaja yang terlibat semasa berlaku peperangan Badar. Pada masa ini, mereka yang merasakan telah berada pada suatu tahap pengetahuan yang tinggi dan disertai oleh pengiktirafan dengan apajua bentuk sijil, adalah sukar untuk menerima sesuatu yang dirasakan telah mencabar disiplin bidang pengetahuan yang mereka perolehi. Lalu kita dapati secanggih manapun mereka cuba mengolah ilmu dan menjadi rujukan terhadap pelbagai bentuk kaedah, namun masih ramai umat Islam terngaga-ngaga meminta suapan daripada pihak luar dan mereka langsung tidak berupaya untuk membangun keupayaan sendiri. Mungkin dalam sedikit masa lagi, kiranya terjadi bencana ekonomi atau kemarau dalam tempoh yang panjang, barulah mereka akan terbuka fikiran untuk menerima sebarang teguran namun keadaan sudah terlalu lewat. Kesombongan mereka dengan apa yang mereka rasakan sebagai canggih sekarang ini, haruslah dibiarkan begitu sahaja kerana setiap kita harus bertanggung jawab hanya kepada diri sendiri dan kepada mereka yang percaya akan seruan ini pada waktu ini.
    
Bencana ekonomi seperti krisis 2008
adalah sesuatu yang pasti akan berlaku lagi


2 comments:

  1. Mereka golongan pembuat dasar pendidikan negara adalah berpendidikan sekular Dan kurang yakin dgn sistem pendidikan Islam. Sedihnya.... Mereka lebih mementingkan survival politik mereka dari hukum Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bencana ekonomi adalah suatu yang pasti. berapapun wang yang kita simpan tidak akan cukup untuk membantu diri sendiri. mulakanlah dengan asas ilmu survival.

      Delete

Popular