SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Wednesday, September 13, 2017

SURAH AL-MUZAMMIL AYAT 18 -- LANGIT BERKECAI LANTARAN BAHAN PENYEBAB UBAN PADA ANAK-ANAK MUDA


السماء منفطربه كان وعده مفعولا 

Langit berkecai (luntur) lantarannya dan telah adalah janjinya suatu yang pasti terlaksana. 

langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah Dengan sebab kedahsyatan hari itu. (ingatlah), janji Allah adalah perkara Yang tetap dilakukannya.

i.     Penyebab Pemakanan Yang Menyumbat 
       Juga Penyebab Anak-anak Muda Beruban 
       Juga Penyebab Kepada Kejadian Gunung 
       Runtuh dan Langit Berkecai

Peristiwa langit berkecai dalam ayat ini bukanlah peristiwa yang berlaku pada permulaan As-Saah (82:01). Peristiwa yang berlaku lebih awal ini adalah terkesan daripada kerja-kerja manusia tidak melaksanakan amanah untuk menjaga persekitarannya. Manusia yang menyediakan bahan-bahan yang mengakibatkan langit berkecai kerananya, serentak masa kejadian keruntuhan tanah dan gunung-ganang. Semua ini disebabkan oleh bahan yang turut dijadikan pengambilan manusia terhadap pemakanan yang mengakibatkan kecekikan atau sumbatan yang terhasil melalui pemprosesan secara industri. Kesan-kesan bahan kimia yang terlibat juga menyebabkan ramai generasi muda manusia mengalami kelunturan warna pada rambut yang dinamai uban. Apakah bahan kimia tersebut? Iaitu ejen penurun atau peluntur yang hebat. 

ii.    Peranan Ejen Penurun atau 
       Peluntur Hebat

Telah diketahui sejak dahulu bahawa ejen peluntur atau penurun yang kuat seperti klorox, dapat melunturkan warna kotoran yang melekat pada pakaian. Perkara yang jelas, bukan sahaja warna kotoran dilunturkan bahkan warna pakaian juga turut dilunturkan. Oleh itu, ejen peluntur ini tidak menghilangkan kotoran tetapi hanya menjadikannya tidak lagi kelihatan. Mujurlah manusia tidak mengambil klorox dalam bahan pemakanannya sehingga mengakibatkan bukan sahaja rambutnya beruban bahkan warna kulitnya turut dilunturkan kepada warna yang lebih pudar, lantaran sifat klorox yang beracun itu. Dalam perniagaan jualan langsung, seringkali penjual-penjual memperkenalkan bahan anti pengoksidaan yang kuat daripada produk-produk mereka, dengan tujuan menakut-nakutkan bakal pembeli supaya membeli produk mereka. Produk mereka dikatakan sangat berkesan menghilangkan kesan keracunan yang terdapat dalam air seperti klorin, yang telahpun dijadikan standard dalam bekalan air ke kediaman. Lalu suatu eksperimen sama ada menggunakan elektrod hidrolisis ataupun sejenis bahan kimia berwarna sehingga mengakibatkan seseorang akan merasa loya untuk meminum air bekalan yang disediakan. Lalu dipersembahkan kepada bakal pembeli berkenaan untuk melihat kesan produk mereka yang begitu kuat menghilangkan kesan warna yang terbentuk. Akhirnya, mereka berjaya menjual produk penapis air atau makanan kesihatan mereka kepada pembeli berkenaan tanpa sebenarnya menghilangkan kesan bahan asal yang terluntur warnanya.

Kebanyakan bahan kimia yang bersifat meluntur seperti klorox memiliki jisim mol per molekul yang tinggi, sehingga menyebabkan bahan ini kekal di permukaan tanah dan tidak mudah meruap. Sebahagian bahan lain seperti hipoklorus pula memiliki jisim molekul yang rendah yang dengan segera meruap dan berada pada paras yang lebih tinggi di angkasa. Bahan penyejuk seperti CFC pula dapat menurunkan unsur ozon dengan meleraikannya menjadi gas oksigen dan pelbagai radikal bebas yang lain. Radikal bebas menjadi penyebab kepada berkecainya lapisan langit berkenaan sebagaimana disebutkan dalam ayat ini. Namun penguasaan undang-undang seluruh dunia, sedikit sebanyak dapat mengawal keadaan, apabila pembebasan gas aerosol berasaskan CFC dapat dikawal, lantaran terdapat bahan alternatif sebagai pengganti. Seterusnya bahan baru peluntur / penurun seperti ammonia dalam bentuk ammonium nitrat telah digunakan untuk menggantikan CFC sebagai gas penyejuk dalam peti ais. Penggunaannya haruslah dikekalkan. Tanpa disedari manusia, pembebasan sebatian lain yang berasaskan metana seperti kloroform dan diklorometana juga berupaya mencapai mencapai paras yang agak tinggi dan bertindak balas dengan cahaya lampau lembayung membentuk radikal bebas yang juga dapat merosakkan lapisan langit. 

Selain CFC, lapisan ozon bumi masih 
dapat musnah angkara kepelbagaian
radikal bebas yang tidak diurus rapi. 

Pembebasan metana adalah dikatakan sebagai penyebab peningkatan suhu bumi yang ketara walaupun pada kuantiti yang sedikit. Tempoh hayat sebatian ini, yang dapat bertahan lama di atmosfera sebenarnya dapat mengancam kewujudan lapisan ozon. Dengan kehadiran ion flourida membentuk gas CFC dan juga gas lain seperti nitrik oksida, kekekalan lapisan ozon dapat terganggu dengan lebih hebat. Pada ketinggian sekitar troposfera dan tropopause dan pada lapisan yang rendah di atmosfera, manusia terus mengancam kewujudan lapisan langit ini apabila melepaskan banyak wap berasaskan ammonia ke udarakasa. China, Jepun, Amerika Syarikat merupakan antara negara yang terlalu banyak menggunakan bahan berasaskan ammonia untuk pertanian dan melepaskannya ke udarakasa secara tak terkawal. Bencana sering terjadi di negara-negara ini akibat daripada taufan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Bagaimanakah pula kini, apabila bencana yang mungkin akan terjadi adalah lebih hebat daripada bencana yang pernah menimpa kerajaan Fir'aun suatu masa dahulu? Sekiranya wap ammonia dilepaskan ke angkasa pada kadar yang sangat banyak, bagaimanakah keadaannya suatu hari nanti, kesan daripada kehadiran wap ammonia yang lebih ringan daripada wap air, dapat sampai ke lapisan ozon sehingga mengakibatkan kerosakan lapisan ozon? Tentunya keadaan sedemikian akan menyediakan suasana yang lebih parah daripada keadaan perubahan cuaca yang berlaku masakini. Tentang kerosakan ozon, perkara ini telah dibincangkan dalam surah Al-Ma'arij. Huruhara Al-Qari'ah mengakibatkan manusia melarikan diri seperti kupu-kupu berterbangan dari suatu tempat ke tempat lain meninggalkan harta-harta serta kediaman mereka yang sedang mengalami proses kelunturan. Perkara ini terjadi kesan tindakan yang menghanguskan, gara-gara pancaran sinar lampau lembayung daripada matahari.

Pada masa ini, kebocoran lapisan ozon yang terjadi di kutub telah mengakibatkan bumi tidak lagi dapat menahan pancaran radiasi dari matahari semasa berlaku kejadian letusan solar. Sejumlah tenaga daripada matahari telah sampai ke kutub dan memanaskan atmosfera di kutub sehingga mengakibatkan tekanan atmosfera kutub meningkat. Perubahan cuaca mendadak terus sahaja berlaku apabila tekanan tinggi ini menjadi penyebab kepada terbentuknya angin kutub yang turut menyejukkan sebahagian besar negara-negara yang menghampiri kutub. Bencana ais pernah berlaku di negara-negara seperti Jepun, Korea, Russia, China, Kanada, Amerika Syarikat sehingga Turki dan di bahagian selatan pula terjadi hujan lebat seperti di Argentina, Australia dan New Zealand. Bencana ini telah mengorbankan lebih daripada 500 orang pada awal Februari 2012. Apakah golongan ingkar masih belum serik? Masihkah mereka menjadi pihak yang sering mentertawakan umat Islam serta golongan beriman? Sejak ribuan tahun dahulu, mereka sentiasa merasakan mereka adalah pihak yang benar. Mereka cuba mengurus tadbir melalui sebuah percaturan yang akhirnya menjurus kepada kemusnahan tempat tinggal mereka, diri-diri mereka serta sumber ekonomi mereka. Golongan beriman diarah untuk membiarkan sahaja mereka itu.  

iii.    Janji Tuhan Kejadian Tanah Jerlus, 
         Gunung Runtuh Pada Zaman 
         Anak-anak Muda Beruban 

Mengapakah penulis memberi gambaran bahayanya penggunaan bahan berasaskan ammonia secara tak terkawal? Dalam surah An-Naazi’at, diterangkan bagaimana peranan ammonia menjadi penyebab kepada kejadian hujan bersangatan serta fenomena cuaca buruk yang lain. Ammonia adalah ejen penurun yang hebat tetapi bukanlah ejen penurun yang kuat. Lantaran bahan ini bukan ejen penurun yang kuat, kebahayaan penggunaannya kurang disedari oleh pakar-pakar sains biosfera. Dalam kuantiti yang banyak dan kepekatan yang tinggi, wap ammonia menunjukkan sifat beracun. Sebenarnya kehadiran ammonia dalam tanah sebelum ini, adalah dalam kuantiti yang sedikit yang dengan segera dioksidakan oleh bakteria nitrifikasi membentuk ion-ion nitrit dan nitrat. Hanya dengan mengetahui bahawa ammonia memainkan peranan merosak alam sekitar, tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya tindakan pengawalannya tidak didasarkan keimanan kepada Tuhan. Sunnah pemerintahan Fir’aun, yang menggunakan ejen ini secara besar-besaran untuk tujuan pertanian, sentiasa akan dituruti oleh kepimpinan masakini yang menggunakannya untuk tujuan pertanian intensif. Ammonia sememangnya penting dalam pertanian, namun penggunaannya haruslah dikawal rapi. Peningkatan kandungan ammonia dalam udarakasa mampu mengakibatkan kewujudan wasap putih yang memendekkan jarak pandangan dan kesan buruknya terhadap pertanian adalah pengurangan pencahayaan yang diperlukan untuk penghasilan buah-buahan yang manis serta hasil yang lebat. Hal ini telah terjadi di daerah Glasgow di United Kingdom yang seringkali diselimuti dengan wasap putih hampir sepanjang tahun. Berikut ditunjukkan nombor-nombor pengoksidaan yang berbeza bagi nitrogen bermula daripada ammonia:-
Perubahan nombor pengoksidaan yang besar 
sebanyak 8 iaitu (-3 hingga +5) menjadikan 
sifat hebat ejen penurun sebatian ammonia. 

Kandungan yang sedikit ammonia dalam tanah, akan segera melarut dalam air tanah. Bakteria nitrifikasi seperti nitrosomonas akan segera mengoksidakan ammonia kepada ion nitrit. Oleh itu nitrosomonas bertindak sebagai ejen pengoksidaan. Bakteria lain iaitu nitrobakter pula akan menukarkan ion nitrit kepada ion nitrat sebelum bahan kimia ini dapat melunturkan atau menurunkan sebatian-sebatian lain dalam tanah atau tanah menjadi gembur kerananya. Ion-ion nitrit dan nitrat juga turut diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan untuk tujuan pertumbuhan. Dengan demikian ikatan butiran tanah akan dapat kekal bertahan dan akar tumbuhan dapat memainkan peranannya kembali menguatkan tanah.

Namun, apabila ammonia dituang ke dalam tanah, yang dilarutkan dalam air pada kuantiti yang banyak, kesan toksik akan membunuh bakteria dengan banyaknya dan penghasilan ion-ion nitrit dan nitrat hanya akan berlaku secara perlahan. Akibatnya, ammonia akan bertindak balas dengan sebatian yang terdapat dalam tanah membentuk garam-garam ammonium seperti ammonium sulfat, ammonium fosfat, ammonium nitrat dan sebagainya dengan cara menyingkirkan air. Air yang tersingkir menjadi penggalak yang dapat melemahkan kekuatan tanah sehingga mengakibatkan tanah menjadi gembur dan batuan menjadi rapuh lalu mewujudkan situasi tanah jerlus. Oleh kerana tindak balas yang berlaku adalah secara perlahan dan menyeluruh disebabkan sifat ammonia amat mudah larut dalam air tanah, maka akan sampai suatu masa ‘offset’ kekuatan gunung atau bukit menuju kepada kegagalan dan gunung atau bukit akan luruh secara berdikit-dikit dalam tempoh yang panjang sebagaimana dinyatakan pada ayat 73:14.

Tanah gunung yang bergerak masakini
bukan lagi hanya disebabkan oleh limpahan
lahar, tetapi turut disebabkan kegagalan offset.

iv.    Mengapakah Pula Ammonia?

Nama ammonia itu sendiri datangnya daripada bahan yang pada asalnya dilombong dari bukit Amon di utara Afrika. Bahan itu ialah sebatian ammonium klorida yang digunakan secara meluas oleh pembesar Hamman pada zaman Fir'aun. Ayat tentang bencana alam, perubahan cuaca dikaitkan dengan kerja-kerja Fir’aun dan oleh yang demikian sejarah kemusnahan Fir’aun harus diambil iktibar lantaran kerja-kerja ini diulangi oleh kepimpinan umat masakini sehingga membawa kerosakan alam sekitar. Ammonia mempunyai sifat penurun yang hebat walaupun bukan kuat sehingga kurang disedari kebahayaannya kepada alam sekitar. Bukankah bahan asas ammonia iaitu nitrogen merupakan gas yang membentuk komponen peratusan terbesar di atmosfera sekitar 78%. Sejarah telah membuktikan bahan seperti ini seringkali dikaitkan dengan kerosakan. Baja ammonia digunakan oleh pembesar Hamman dalam projek pertanian. Dalam Perang Dunia Kedua dahulu, apabila British mengepung pantai Jerman, Jerman menghadapi kepayahan untuk mendapatkan bekalan nitrat yang dilombong dari Chile. Dengan kebijakan Fritz Haber, seorang saintis Jerman ketika itu, suatu proses penghasilan ammonia yang dikenali sebagai proses Haber, dapat dilakukan yang kemudiannya dinitrifikasikan oleh bakteria nitrifikasi atau melalui proses Oswald bagi membentuk baja nitrat. Nitrat amat penting untuk dijadikan baja kimia dan juga bahan letupan. Bukankah tentera Jerman telah membawa kerosakan besar terhadap Eropah dan Yahudi suatu ketika dahulu?

Terdapat juga bahan lain yang mempunyai perubahan nombor pengoksidaan yang besar iaitu unsur mangan dalam sebatian kalium per manganat. Namun kuantitinya hanya membentuk peratusan yang kecil di mukabumi dan tidak menyerang udarakasa. Klorida yang juga merupakan komponen terbanyak di permukaan bumi, tidak dinyatakan sebagai penyebab utama keruntuhan gunung. Sejak zaman berzaman, klorin digunakan sebagai ejen penurun untuk membunuh bakteria dalam air bekalan. Berikut adalah perubahan nombor pengoksidaan apabila ion klorida dioksidakan.
Perubahan nombor pengoksidaan yang besar 
sebanyak 8 iaitu (-1 hingga +7) tidak
menjadikan sifat hebat ejen penurun
yang kuat sebatian asid hidroklorik
bertindak seperti ammonia

Namun hidroklorik atau klorin tidak dapat dinyatakan sebagai ejen penurun yang hebat yang lebih hebat daripada ammonia, disebabkan oleh klorin bukanlah satu unsur yang dapat menghasilkan ikatan hidrogen dengan hujung hidrogen daripada molekul sebatian yang lain. Namun sebatian klorin seperti hidroklorik dan klorox adalah merupakan ejen penurun yang kuat dapat melunturkan warna suatu bahan dengan lebih cepat. Ejen peluntur gas klorin tidak mudah terdapat di atmosfera pada paras yang lebih tinggi disebabkan jisim molekul per mol yang jauh lebih tinggi berbanding ammonia. Terdapat dua sifat utama ammonia iaitu keringanannya menyebabkan sebatian ini dapat berada pada altitud lebih tinggi sehingga dapat menjadi wap dan dapat dipindahkan ke bahagian permukaan bumi yang jauh. Keduanya, bahan ini sangat mudah melarut dalam air dengan keterlarutan yang tinggi sehingga dapat berada jauh dalam tanah atau dalam gunung. Tindakbalas redoks, sehingga terjadi peningkatan nombor pengoksidaan nitrogen, berlaku dengan perlahan sekiranya tidak terdapat bakteria nitrifikasi pada kuantiti yang banyak. Oleh itu ammonia adalah bahan aktif berubah sifat dengan tempoh separuh hayat yang lama. Tanpa disedari akhirnya bahan berasaskan ammonia adalah menjadi penyebab kepada kerosakan struktur mukabumi dan alam sekitar dalam tempoh yang sangat lama.

v.     Ammonia dalam Tubuh dan Tumbuhan


Tubuh tidak dapat menerima sebatian nitrogen dalam bentuk ammonia secara terus. Ammonia perlu dinitrifikasi ke bentuk lain oleh bakteria nitrifikasi menjadi ion nitrat. Nitrat diserap oleh tumbuhan untuk tujuan pertumbuhan. Daripada nitrat, tumbuhan memperolehi bekalan unsur nitrogen. Penghasilan asid amino daripada unsur nitrogen, diperlukan untuk pembentukan protien bagi pembinaan dinding sel. Oleh itu bekalan nitrogen untuk manusia dapat diperolehi daripada hasil tumbuhan. Gas nitrogen yang disedut masuk ke paru-paru akan keluar semula sebagai gas nitrogen. Gas ini tidak dapat dilarutkan, tetapi wap ammonia sekiranya tersedut masuk ke paru-paru akan segera diserap oleh dinding surfaktan paru-paru dan terus ke dalam darah. Surfaktan mengalami pelemahan akibat mengalami perlunturan semasa pembentukan ion ammonium. Kesannya adalah sesak nafas dan boleh mengakibatkan maut sekiranya wap ammonia yang disedut berada pada kepekatan yang tinggi. Oleh itu wap ammonia adalah mudharat kepada tubuh.

Garam nitrat seperti ammonium nitrat diserap melalui akar membentuk sebatian nitrogen sel melalui sebatian gabungan glukosa dan ammonium membentuk glutamina. Ammonium fosfat pula melalui proses pembentukan karbamil fosfat. Kedua-duanya adalah pembawa ammonia dalam sel yang akhirnya dipindahkan ke dalam tubuh. Ammonium yang telah ditukarkan kepada sebatian amina, amat diperlukan untuk pembentukan dinding sel, hormon serta protien dan hanya dapat disingkirkan bermula dalam hati apabila dapat bergabung dengan karbon dioksida membentuk urea dalam darah dan disingkirkan melalui urin.

vi.     Penyelesaian Terhadap Pencemaran Ammonia

Oleh kerana ammonia amat mudah melarut dalam air dan dapat dibawa jauh ke dalam bumi dan mungkin terdapat dalam air perbekalan, ammonia perlu dioksidakan segera. Bakteria nitrifikasi seperti nitrosomonas dan nitrobakter harus dibiakkan dengan banyaknya untuk mengawal kehadiran ammonia dalam tanah dan projek penanaman yang giat disamping pertumbuhan rerumput harus dikekalkan. Kadar penggemburan tanah harus diseimbangkan dengan pengikatan tanah. Pusat-pusat kawalan yang menyukat kandungan kitaran air bawah tanah harus disediakan untuk mengkaji sebarang perubahan kepekatan ammonia atau sebatian teroksida daripada ammonia yang lain, supaya keseimbangan kitar nitrogen dalam tanah dapat dikekalkan.

vii.     Tanda-tanda Terdapat Lebihan Ammonia 
          Di Atmosfera

Tiada penyelesaian mudah untuk mengawal ammonia. Kehadiran ammonia dalam udarakasa terutamanya yang terdapat pada altitud yang tinggi, dapat disedari dengan banyaknya melalui pertumbuhan tumbuhan ‘alder’ yang tumbuh hampir dengan tempat aliran masuk air ke tasik tanah tinggi. Lebihan ammonia yang telah melalui penitratan, harus dipulangkan ke atmosfera sebagai nitrogen melalui proses dinitrifikasi. Proses ini dapat dilakukan melalui bakteria Pseudomonas denitrificans dan Denitrobacillus yang bertindak sebagai bakteria pengoksida ammonia. Ammonia yang digunakan dalam industri, digunakan untuk sintesis monosodium glutamat. Ammonium nitrat digunakan untuk menghasilkan bahan letupan di samping menjadi bahan penyejuk dalam peti ais. Penggunaan ammonia seperti ini adalah terkawal. Cecair ammonia tidak harus dituang ke dalam tanah untuk tujuan pertanian melainkan dalam kawasan yang tertutup, jumlah terkawal. Kehadiran wap ammonia memberi kesan ketara kepada aktiviti hujan, petir dan taufan. Garam ammonia dapat digunakan untuk tujuan menghasilkan hujan buatan namun kesan yang terhasil terhadap persekitaran adalah buruk. Kita tidak memiliki alternatif lain untuk menggantikan sebatian ammonia untuk tujuan perkilangan. Penggunaan lithium bromida sebagai bahan penyejuk menunjukkan sifat sangat beracun terhadap tubuh manusia apabila berlaku kebocoran. Oleh itu penggunaan secara berhati-hati sangat diperlukan untuk mengelak kesan buruk terhadap manusia dan juga alam sekitar.

viii.     Mudharat Wap Ammonia Dalam 
           Jangka panjang

Ammonia adalah sebatian peluntur yang hebat. Wap ammonia dapat melunturkan gas klorin membentuk pepejal ammonium klorida. Wap ammonia juga dapat menurunkan gas oksigen membentuk ammonium oksida. Pembebasan wap ammonia ke udarakasa, bukan sahaja boleh mengakibatkan kesan sesak nafas bahkan dapat mengurangi kuantiti gas oksigen setempat. Penghasilan senjata berasaskan ammonia dapat digunakan untuk membunuh manusia dan haiwan pada satu-satu kawasan yang luas tanpa memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan dan bangunan-bangunan. Kehadiran gas ammonia yang banyak dalam tempoh yang lama di atmosfera sekiranya berlaku kemarau yang berpanjangan, akhirnya akan mengakibatkan gas ozon dapat dilunturkan bersama, membentuk ammonium oksida. Kerosakan lapisan ozon yang terdapat di sekitar bawah lapisan mesosfera dan lapisan stratosfera, menjadi penyebab kepada perlepasan sinar lampau lembayung dari matahari terus ke permukaan bumi. Kulit-kulit manusia dapat mengelupas kerananya dan juga mengakibatkan kebutaan kesan penyakit katarak. Bumi akan dipenuhi debu yang berpanjangan kesan sinaran ini. Siang harinya, udarakasa akan dipenuhi radikal bebas dan manusia tiada pilihan melainkan menyorok dalam tanah pada hari siang. Kejadian seperti ini sebenarnya akan berlaku dalam sedikit masa lagi. Manusia terus menerus mengingkari pengajaran wahyu Tuhan dan ulama-ulama dibisukan daripada bercakap perkara sebenar tentang peringatan ini. Akibat kegelojohan manusia yang berterusan melaksanakan pembangunan tanpa had kawalan dan juga kegelojohan projek pertanian melalui penggunaan baja sintetik juga tanpa kawalan, haba dan wap baja yang berlebihan terus sahaja mencemari alam sekitar.

Permukaan bumi semakin panas akibat selubung haba wap baja ini dan akhirnya hujan menjadi sangat berkurangan dengan ketiadaan lagi ais yang menutupi kedua-dua belah kutub bumi. Haba yang berlebihan dan kemarau yang berpanjangan akhirnya menyampaikan wap ammonia hingga ke lapisan ozon. Pada masa itu, amalan manusia setempat adalah sangat-sangat mempengaruhi nasib yang akan menimpa mereka (99:05/06). Keingkaran manusia sehingga berterusan melaksanakan kerosakan tidak akan memberi jalan undur kepada mereka untuk memulihkan keadaan. 

Bagaimanakah dapat mereka melakukan perbaikan sedangkan mereka tidak mengerti apakah perbaikan yang harus dilakukan? Bagaimanakah dapat mereka mengerti kerana langkah itu hanya ada dalam kitab Tuhan? Mereka memilih untuk mengingkari yang kesudahannya mereka berterusan menderita dalam azab. Demikian itulah kesombongan golongan ingkar yang kononnya serba canggih mengurus kehidupan di mukabumi ini. Golongan beriman diarahkan untuk membiarkan sahaja perlakuan mereka daripada golongan ingkar itu, sehingga benar-benar bencana akan mengenai mereka. Golongan beriman diarahkan untuk memulai gerak kerja secara kecil-kecilan dan menyampaikan ayat-ayat Tuhan kepada yang sudi menerimanya sehingga mereka dapat membantu dalam gerak kerja pemulihan. Kepada mereka jualah diharap umat akan kembali.

ix.    Ammonia dan Masa Depan Bumi

Untuk mendapatkan suasana bumi yang pulih daripada kesan pencemaran ammonia, ammonia haruslah disingkirkan daripada bumi ini dan daripada udarakasa. Lebih banyak pokok-pokok besar harus ditanam dan lebih banyak haiwan serta haiwan ternakan harus dibiar hidup.  Aktiviti menukarkan udara kepada ammonia melalui proses Haber, haruslah diharamkan sama sekali. Bagi membolehkan udarakasa sentiasa bersih, jumlah lalat mungkin harus dibiak dengan banyaknya. Lalat yang bebas akan mendapatkan mana-mana bangkai atau najis buangan haiwan yang masih baru agar segera ditukarkan kepada sebatian nitrat. Pengawalan suhu di atas permukaan bumi dapat dilakukan melalui pengawasan satelit dan mana-mana bahagian bumi yang terdedah kepada pembajaan terbuka serta mudah mengalami kesan selubung haba (kesan rumah hijau), tindakan sewajarnya harus diambil. Kawasan pertanian berkenaan harus dikelilingi dengan sejumlah yang banyak pokok-pokok besar dan bakteria yang dapat menukarkan ammonia kepada nitrat seperti nitrosomonas dan nitrobakter, harus dibiak dengan banyak. Bakteria pengikat nitrogen ini didapati banyak pada akar pokok kekacang dan beberapa jenis rerumput yang lain. Penggunaan baja, selain daripada baja ammonia, yang dapat membawa mudarat sekiranya digunakan dengan banyak tanpa kawalan, adalah baja nitrat itu sendiri. Ion nitrik menjadi penyebab kepada pengionan unsur-unsur logam dalam tanah. Pemerhatian yang mudah terhadap kawasan pertanian yang tidak dikawal selia dengan rapi adalah penghasilan keladak hitam pada bahagian sungai dari saliran yang keluar daripada kawasan pertanian. Penggunaan apajua jenis baja tanpa kawalan dapat mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Oleh itu pengawalan menggunakan alat pengesanan ionik di kawasan-kawasan pertanian adalah perlu, agar tidak membawa mudarat kepada kawasan kediaman kesan daripada kejadian tanah runtuh, rebah atau sebagainya. Sekian, harap menjadi makluman kepada pihak-pihak terbabit. Wal Lah hu a'lam.




No comments:

Post a Comment

Popular