SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Wednesday, October 11, 2017

ALLAH YANG MENGKADARKAN MALAM DAN SIANG


و الله يقدر اليل و النهر

Sedang Allah, Ia yang menentukan malam dan siang. 

padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam dan siang.

Manusia hanya boleh melakukan kiraan terhadap perbezaan siang dan malam disebabkan putaran bumi serta kecondongan bumi di atas paksinya sekitar 23½° itu. Kiraan manusia terhadap masa-masa itu juga berubah. Pernah suatu ketika dahulu jam seluruh dunia perlu ditambah masa seminit untuk keperluan navigasi. Ini bermakna kiraan manusia terhadap perbezaan siang dan malam tidak pernah tepat. Apatah lagi sekiranya penentuan hanya berdasarkan peralatan canggih berunsur mekanikal iaitu jam yang telah direka manusia sejak dahulu lagi.


Menurut sains, perbezaan siang dan malam 
adalah berdasarkan putaran bumi pada paksinya
dan pergerakannya mengelilingi matahari.

Perkiraan masuk waktu solat juga berubah-ubah antara satu daerah ke satu daerah lain, begitu dengan jadual yang disediakan antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Yang dikatakan kejadian siang ke atas permukaan bumi adalah disebabkan oleh selubung cahaya yang ditarik bergerak perlahan-lahan dari timur ke barat. Apabila selubung cahaya meninggalkan ufuk barat, keadaan bumi pula ditutup oleh selubung kegelapan yang juga ditarik perlahan-lahan dari timur ke arah barat. Pada kejadian siang, selubung cahaya ditandakan dengan kehadiran tandaan matahari dan tandaan-tandaan warna putih kelabu berupa awan serta warna biru lelangit. Pada kejadian malam pula, tandaan awan dan lelangit kelihatan lebih gelap, tetapi selubung kegelapan dihiasi lebih indah dengan tandaan-tandaan kecil bintang-bintang dan juga tandaan bulan.

Sudah tentu Tuhan yang mengkadarkan pergerakan selubung-selubung itu sehingga Ia Maha Berkuasa melambatkan pergerakan atau melajukannya atau menghentikannya buat seketika atau menariknya kembali ke arah belakang. Kedua-dua mata manusia menyaksikannya sedemikian pada pengamatan berbeza sehingga seolah-olah mereka melihat suatu gambaraan 3D. Bagi setiap bayang yang terbentuk daripada suatu objek yang membelakangi matahari, Tuhan sebenarnya memendekkan serta memanjangkan bayang-bayang terlebih dahulu lalu diikuti dengan pergerakan penanda bayang berkenaan iaitu matahari, bulan atau apajua sumber cahaya yang lain. Mungkin perkara ini dikatakan bertentangan dengan penemuan sains masakini kerana sains buat masa ini, masih belum dapat membuktikan perkara ini.

Idea tentang alam ini merupakan sebuah projeksi,
yang juga merupakan idea daripada agama-agama
silam, barangkali dapat menjelaskan tentang
alam maya yang kita berada bersamanya.

Surah Al-Muzammil memberi satu inferens, kiranya
kita dapat menyingkirkan bahan berbahaya daripada
tubuh kita, secara tak langsung alam persekitaran
juga dapat selamat daripada bahaya.

{ lagi tentang sifat maya alam ini dalam penerangan Surah An-Nur }

iv.    Perbezaan Siang dan Malam Pada 
        Pengamatan Saintifik

Mengapakah tempoh untuk berjaga malam berubah-ubah sepertimana diarahkan Tuhan daripada dua pertiga malam sehingga sepertiga malam? Adakah ini bermakna arahan Tuhan bukan dengan suatu pendirian yang tetap? Ahli geofizik telah mengetahui sejak dahulu bahawa kecondongan paksi bumi mengelilingi matahari berbeza sebanyak 23½° dari sudut tegak terhadap satahnya. Ini bermakna separuh permukaan bumi yang menghadap ke matahari yang mengalami waktu siang, akan berubah beransur-ansur menuju enam bulan berikutnya. Pada kedudukan bumi selain daripada di atas garisan Khatulistiwa, tempoh masa siang dan malam akan silih berganti setiap enam bulan. Enam bulan mengalami tempoh siang yang lebih panjang akan dituruti oleh enam bulan tempoh malam yang lebih panjang. Pada kedudukan bumi sekitar garisan Sartan dan garisan Jadi, tempoh siang dan malam dapat berubah kepada lapan jam siang enam belas jam malam dan berubah-ubah secara beransur-ansur menjadi lapan jam malam enam belas jam siang setelah enam bulan berikutnya.

Fenomena ini mengakibatkan pada bahagian latitud tinggi di permukaan bumi, berlaku kejadian empat musim. Pada kedudukan yang ekstrem di kutub utara dan selatan, siang berlaku dalam tempoh enam bulan dan malam enam bulan sehingga penggiliran siang dan malam dalam sehari langsung tidak dapat ditentukan. Bumi di bahagian ini tidak pernah ditutupi dengan kegelapan pada waktu siang (18:90). Kesimpulannya, tempoh siang dan malam adalah berubah di atas permukaan bumi yang berlainan dan inilah jawapan kepada dua persoalan di atas. Ayat berikut memperkuat lagi hujah atas kelemahan manusia dalam menentukan tempoh waktu.




No comments:

Post a Comment

Popular