SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Thursday, November 2, 2017

DIA MENGETAHUI ADA ANTARAMU YANG BERMASALAH


علم ان سيكون منكم مرضى و اخرون
يضربون فى الارض يبتغون من فضل الله

Telah tahu Ia bahawa nanti ia jadi daripada kamu yang sakit dan yang lain-lain, mereka memukul pada bumi itu menuntut daripada kurnia Allah.

ia juga mengetahui Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang Yang sakit; dan Yang lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah


Kepentingan membaca Al-Quran adalah suatu perintah wajib terhadap umat Islam, tidak kira bagaimanajua keadaannya sama ada sakit atau sedang musafir mencari kurnia Tuhan. Kewajiban membaca Al-Quran adalah disebut terlebih dahulu berbanding As-Solat dalam ayat ini. Sebab itulah diperintahkan untuk membaca apa yang mudah daripada Al-Quran dan sememangnya Al-Quran adalah mudah dan tak perlu disusah-susahkan (54:17/22/32/40). 

Demi sesungguhnya sesiapa jua yang menyatakan bahawa ayat-ayat Tuhan adalah sesuatu yang sukar, mereka ini mengatakan tentang ayat Tuhan sesuatu yang dusta. Kita dapati terlalu ramai daripada umat ini terlalu membesar-besarkan kewajiban yang lebih kecil seperti membaca Al-Quran dengan penuh tajwid yang perlu dipelajari dengan susah payah sehingga menjadikan pembelajaran Al-Quran menjadi payah dan melupakan kewajipan yang besar iaitu memahami isi kandungan Al-Quran. Sedangkan RasululLah S.A.W. sendiri mengarahkan Bilal bin Rabah R.A. selaku muazzin, sedangkan dalam kalangan sahabat RasululLah S.A.W., terdapat yang lebih baik sebutan bahasa Arab dan sepatutnya lebih layak melaungkan azan berbanding Bilal bin Rabah R.A. Penulis tidak bermaksud memperkecilkan kepentingan ilmu tajwid, namun alangkah lebih baik sekiranya pembelajaran Al-Quran mengutamakan isi kandungannya lebih dahulu selari dengan pembelajaran tajwid, yang juga merupakan suatu kewajipan.

Pengamalan umat Islam membaca Al-Quran dan sentiasa membawa Al-Quran bersama-sama haruslah dijadikan sebagai suatu tradisi serta warisan yang tidak ditinggalkan. Pejuang-pejuang terdahulu sentiasa membawa Al-Quran di sisi mereka dan mereka tidak menjadikan alasan tanpa wudu' untuk meninggalkannya. Oleh itu mereka merupakan individu yang sentiasa mendapati diri mereka bersih. Perintah membaca Al-Quran telah mendahului perintah mendirikan solat dan peringatan Tuhan adalah lebih besar berbanding ibadah-ibadah lain. Sebelum memulai sesuatu usaha, seseorang itu harus memulai dengan ilmu. Ilmu itu diperolehi dengan membaca. Asas membaca perlu dipelajari daripada mereka yang mahir tentang asas-asas ilmu. Oleh itu mendirikan pondok-pondok pengajian adalah sesuatu yang amat digalakkan dalam usaha menuntut dan menyebarkan ilmu. Namun setakat ini tiada usaha terancang dapat dilakukan sehingga pengajian pondok menjadi suatu yang sentiasa dikemaskinikan. 

Oleh kerana usaha mendalami pengajian Al-Quran bukan lagi usaha yang mudah untuk mendapat dokongan mana-mana pemerintah, adalah menjadi tanggungjawab umat ini mengusahakan suatu langkah yang akan mengakibatkan kesan baik terhadap umat. Pengajian pondok tidak harus dianggap sebagai usaha asas yang bertentangan dengan kepentingan pemerintahan.




No comments:

Post a Comment

Popular