SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, November 11, 2017

DIA MENGETAHUI ADA YANG BERPERANG DI JALAN TUHAN


و اخرون يقاتلون فى سبيل الله

Dan yang lain, mereka sentiasa berperang pada jalan Tuhan.

dan Yang lainnya lagi orang-orang Yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamanya).

Kerana usaha sedemikian akan dapat menyediakan benteng yang dapat menyelamatkan umat daripada sebarang bentuk penyelewengan akidah, permasalahan sosial, tekanan kemiskinan dan kesempitan hidup. Contoh pengajian yang didirikan oleh umat Islam di Pakistan terhadap pelarian Afghanistan, akhirnya dapat sampai kepada persediaan peperangan. Pelajar-pelajar yang merupakan tenaga muda, akhirnya kembali ke negara mereka bagi memperjuangkan agama ini dan membebaskan mereka daripada cengkaman Soviet Russia dan Amerika Syarikat. 

 Taliban Afghanistan : Mereka hanya mahu menjaga
agama dan negara mereka, musuh harus keluar dari
negara mereka. Mereka tidak pernah menyerang
WTC, sekalipun mereka pernah berbaik dengan
Al-Qaeda sebelum serangan itu berlaku.

Taliban Afghanistan : Tiada kerjasama antara
mereka dengan pengganas ISIS.

Usaha sedemikian sebenarnya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak pemerintah di Pakistan atas sebab-sebab diplomatik. 

Perintah berperang pada jalan Tuhan adalah perintah wajib. Apatah lagi ketika mengangkat senjata untuk memerangi musuh-musuh Tuhan, adalah waktu yang baik untuk memperbanyak pembacaan ayat-ayat Al-Quran yang mudah. Kalaulah umat ini mengetahui tentang kelebihan dan kepentingan membaca Al-Quran, tidaklah Rasullulah S.A.W. mengeluh kepada Tuhan bahawa umat ini telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang dijauhi (25:30). Al-Quran dijadikan kitab yang terlalu tinggi kedudukannya seolah-olah tidak boleh disentuh. Membincangkannya untuk tujuan menggali ilmu-ilmu pengetahuan yang baru dianggap perbuatan bid'ah dan menyediakan diri ke neraka. Sehingga mereka memuliakannya pada kedudukan yang tak kena tempat bahkan meninggalkan apa yang sepatutnya lebih wajib untuk mereka lakukan. Lalu bagaimanakah umat masakini dapat membina tamadun baru dunia Islam sedangkan menyebut perkataan negara Islam sahaja sudah digeruni seolah-olah membina sarang pengganas?

Perintah perang dalam Al-Qur'an, telah difahami oleh
bangsa Arab sehingga membawa huru-hara perjuangan.
Mereka membentuk negara Islam, bukan berdasarkan
kefahaman dari kitab suci. Sekalipun berbahasa Arab,
mereka sebenarnya tidak mampu memahami Al-Qur'an.



No comments:

Post a Comment

Popular